Wednesday, 8 April 2015

Sejarah Kampung Alor Pisang








"Sejarah Kampung  Alor Pisang"


Kampung Alor Pisang atau juga kekenali dengan nama Kampung Beris Alor Pisang ini dibuka seawall tahun 1960-an. Pada peringkat awal pembukaan Kampung ini hanya didiami oleh empat keluarga sahaja, dan salah seorang daripadanya adalah datuk kepada Pengerusi JKKK sekarang. Manakala salah seorangnya pula telah menjadi Ketua Kampung yang pertama di Kampung Alor Pisang ini iaitu Alahyarham Tuan Haji Kasim bin Puteh.Sebenarnya ada banyak cerita tentang asal usul nama Kampung Alor Pisang ini, namun begitu setelah dirujuk kepada orang-orang tua yang terawal maka cerita ini yang munasabah untuk diguna pakai.


Asal nama Kampung ini dipercayai diambil daripada keadaan kampung pada masa itu yang mana terdapat banyak pokok pisang di tepi sebatang alur yang berada ditengah-tengah kampung ini pada masa itu, dan alur tersebut mengalir terus ke sungai besut. Maka nama alor pisang disebut dan akhirnya ia kekal menjadi nama kampung ini.



Manakala perkataan beris digunakan bagi membezakan dua kawasan yang ada didalam kampung Alor Pisang suatu masa dahulu yang juga bermakna tanah yang sedikit tinggi dari kawasan lain . Dimana Kampung Alor Pisang terdiri daripada dua buah kampung (sekarang ini) iaitu Kampung Alor Pisang Dan Kampung Beris Alor Pisang. Dan setelah pecahan kawasan dibuat sekitar tahun 1992 maka Kampung Alor Pisang telah menggunakan nama Kampung Pekan Baru manakala Kampung Beris Alor Pisang mengekalkan nama Alor Pisang.

No comments:

Post a Comment